Tinggal beberapa hari akan berakhir tahun 2011. Banyak kenangan manis dan pahit yang dapat dilalui dan ia akan dijadikan panduan dan pengajaran. Berbalik kepada penternakkan ayam. Tahun 2012 saya akan memulakan projek baru dengan keadaan reban yang lebih baik dan juga pembaka-pembaka serta induk-induk baru. Dengan berbekalkan modal yang telah mencukupi yang diperolehi daripada jualan ayam dan juga duit bonus diharap segala perancangan akan berjalan lancar.
Target utama saya ialah seekor bapak ayam yang telah mempunyai nama yang cukup gah dan ditakuti oleh semua. Dengan rekod 13 x dan harga yang ditawarkan sememangnya tidak ramai mampu yang memilikinya. Saya memberanikan hati untuk memilikinya, walaupun terpaksa menjual beberapa ekor pembaka dan ibu demi memperolehinya. Jika ia jatuh ke tangan saya, maka akan lahirlah pewarisnya yang cukup gah dan bergaya. Dan rasa-rasanya modal yang dikeluarkan untuk memilikinya akan tertebus jika saya dapat mengeluarkan anak-anaknya dalan masa setahun.
Justeru itu proses perbincangan dengan menggunakan orang tengah masih lagi berjalan dan berharap hasil yang positif akan dicapai. Semoga Tahun 2012 akan mengegar dengan pembaka dan induk-induk baru.
daTernakanku....
Hobi memelihara ayam sudah lama....Dari memelihara ayam kampung ke ayam serama ke ayam kampung ke ayam siam dan sekarang ke Manok(Ayam Filipine) Melihat banyak rakan ternak yang memperlihatkan seni kecantikan ayam masing-masing maka saya cuba memperlihatkan ayam peliharaan saya ni... Serangan sampar sebanyak 2 kali sepanjang tahun 2010 telah memusnahkan banyak induk2 dan bapak2 serta anak2 ayam.Sekarang saya cuba bangkit dan sudah mula memperlihatkan hasilnya..
Wednesday, December 14, 2011
Monday, December 12, 2011
KEDAI MENJUAL PERALATAN DAN UBAT-UBATAN UNTUK AYAM
Kepada semua para penternak, jika anda ingin mencari bekalan ubat2an dan peralatan ternakan bolehlah mengunjungi ke kedai ini. Harga yang berpatutan dan terdapat banyak jenis bekalan ubat serta khidmat nasihat. Terletak di Taman Asean , Melaka.
Tuesday, October 25, 2011
YANG MANA SATU IDAMANKU
Akan diturunkan benihnya ..... Harap-harap dapat membiak dengan sebaik-baiknya...Bulu rambainya sebenarnya labuh tetapi telah dipotong.
Sunday, October 16, 2011
IBU SISIK BUAYA
Dibeli dari kawan dari Sarawak. Asalnya dari telur yang diseludup masuk ke semenanjung.Di Sarawak sisik ini dikenali sebagai SISIK BUAYA. Baru 3x bertelur dan di bawah adalah anak tunggalnya (betina)
Sunday, August 21, 2011
Berita Baik..
Tiba-tiba pukul 10.00 mlm dapat satu panggilan dari rakan. Nak ayam bapak ke ? Ayam ada luka kerana td baru bawa balik dr Seremban, 2x/day. Nak ajak tukar dgn yang kacuk. Ttp kwn mintak lepas raya hantar pasal nak rawat dulu. Rezeki... Kawan2 nak kasi benih yg baik bukan apa, pasal yang nak ayam nanti di orang jugak.
Tinggal Kenangan.....
Baru 2 minggu bawa balik ttp tiba2 diserang sakit. Muka bengkak dan mata tertutup selepas 2 minggu mati. Apa da nak buat da tak de rezeki.
Sunday, July 17, 2011
Monday, April 11, 2011
Sunday, April 10, 2011
Thursday, March 17, 2011
Ayam siam kawanku...
Memang cantik. Dengar kata da 5X menang. Tengah wat baka. Tetapi kawan da tak mau lagi bela ayam siam.
Monday, March 14, 2011
Kawasan untuk anak-anak ayam
Subscribe to:
Posts (Atom)