daTernakanku....

Hobi memelihara ayam sudah lama....Dari memelihara ayam kampung ke ayam serama ke ayam kampung ke ayam siam dan sekarang ke Manok(Ayam Filipine) Melihat banyak rakan ternak yang memperlihatkan seni kecantikan ayam masing-masing maka saya cuba memperlihatkan ayam peliharaan saya ni... Serangan sampar sebanyak 2 kali sepanjang tahun 2010 telah memusnahkan banyak induk2 dan bapak2 serta anak2 ayam.Sekarang saya cuba bangkit dan sudah mula memperlihatkan hasilnya..



Friday, February 3, 2012

FASA 1-2012

Aspek pertama yang telah diberi tumpuan ialah memagarkan kawasan reban. Alang-alang sedang membuat pagar di seluruh kawasan rumah, saya telah memagarkan sedikit kawasan untuk ternakan saya ni yang berkeluasan 40x50. Banyak kebaikannya iaitu kawasan sekitar rumah nampak bersih sedikit le daripada najis2 ayam yang bersepah2, mengelakkan haiwan seperti kucing yang sering memakan anak2 ayam dan juga kecurian ayam yang sering berlaku. Ini baru kawasan 1 (utk anak2 ayam dari umur sehari-4 bulan) Kawasan 2 di depan pagar kawasan 1 je... untuk pembaka. Luas kawasan agak2 50 x 70 kaki.



















Kerja-kerja memasang pagar ni masih sedang berjalan. Tetapi saya rasa semasa catatan ni dibuat ia telah pun selesai. Rasa puas hati kerana apa yang saya inginkan dapat juga direalisasikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...