daTernakanku....

Hobi memelihara ayam sudah lama....Dari memelihara ayam kampung ke ayam serama ke ayam kampung ke ayam siam dan sekarang ke Manok(Ayam Filipine) Melihat banyak rakan ternak yang memperlihatkan seni kecantikan ayam masing-masing maka saya cuba memperlihatkan ayam peliharaan saya ni... Serangan sampar sebanyak 2 kali sepanjang tahun 2010 telah memusnahkan banyak induk2 dan bapak2 serta anak2 ayam.Sekarang saya cuba bangkit dan sudah mula memperlihatkan hasilnya..



Wednesday, February 15, 2012

Rezeki...








Macam tak percaya ayam yang secantik ni dan mempunyai rekod yang baik serta anak2 yang baik boleh jatuh ke tangan saya dengan harga yang tak masuk akal.....(murah sesangat). Ayam berasal dari Seremban tetapi dibeli oleh seseorang rakan karibnya. Selepasa itu tuannya tak mahu main ayam dan telah menukarnya dengan seseorang yang main burung tekukur. Apabila ayam ni berada ditangan orang yang tak main ayam apa lagi....nasibnya macam orang terpinggir dan makan minumnya da tak menentu. Akhirnya saya dapat menjejaki ke manakah ayam ini telah dihantar. Dengan muka selamba saya tanya tuannya , jual tak ayam ni. Apalagi tuannya kata ambil le ...bayor je duit jagung.Terus tak cakap banyak terusku pinangnya. Umur da dekat 4 bulu dan masih cergas lagi. Silalah komen tentang ayam baruku ni....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...