daTernakanku....

Hobi memelihara ayam sudah lama....Dari memelihara ayam kampung ke ayam serama ke ayam kampung ke ayam siam dan sekarang ke Manok(Ayam Filipine) Melihat banyak rakan ternak yang memperlihatkan seni kecantikan ayam masing-masing maka saya cuba memperlihatkan ayam peliharaan saya ni... Serangan sampar sebanyak 2 kali sepanjang tahun 2010 telah memusnahkan banyak induk2 dan bapak2 serta anak2 ayam.Sekarang saya cuba bangkit dan sudah mula memperlihatkan hasilnya..



Saturday, February 18, 2012

Kemaskini Kawasan Reban







Reban2 lama telah disusun semula agar kawasan nampak luas dan memberi ruang kepada pembinaan reban baru yang lebih sistematik. Kalau tak percaya ..bandingkan dengan gambar lama pada post lalu.

PEMBAKA 2012



Apa2 pun inilah ayam yang terbaik yang pernah saya miliki setakat ni...

Wednesday, February 15, 2012

Rezeki...








Macam tak percaya ayam yang secantik ni dan mempunyai rekod yang baik serta anak2 yang baik boleh jatuh ke tangan saya dengan harga yang tak masuk akal.....(murah sesangat). Ayam berasal dari Seremban tetapi dibeli oleh seseorang rakan karibnya. Selepasa itu tuannya tak mahu main ayam dan telah menukarnya dengan seseorang yang main burung tekukur. Apabila ayam ni berada ditangan orang yang tak main ayam apa lagi....nasibnya macam orang terpinggir dan makan minumnya da tak menentu. Akhirnya saya dapat menjejaki ke manakah ayam ini telah dihantar. Dengan muka selamba saya tanya tuannya , jual tak ayam ni. Apalagi tuannya kata ambil le ...bayor je duit jagung.Terus tak cakap banyak terusku pinangnya. Umur da dekat 4 bulu dan masih cergas lagi. Silalah komen tentang ayam baruku ni....

Friday, February 3, 2012

FASA II

Tumpuan Fasa II ialah membina reban tertutup dan berbumbung bagai anak2 ayam dari usia sehari sehingga tiga bulan. Dan juga kawasan reban untuk anak2 ayam berusia dari 3 -5 bulan. Keluasan reban iaitu 10 x 36 kaki(6 sekatan). Barang binaan dah pun dibeli.....Pak Tukang pulak sakit. Keseluruhan reban dan kedudukan reban sedia ada akan diubah bagi menampakkan kekemasan. Kalau upgred reban pun da kosnya tinggi. Pembaka yang terbaru pula bagaimana? Tungggu...... Apa2 pun sy harus siapakan reban ni secepat mungkin kerana pada penghujung bulan 2 ni akan tiba bapak ayam dan ibu ayam yang diambil terus di sempadan Filipina dari kenalan.



FASA 1-2012

Aspek pertama yang telah diberi tumpuan ialah memagarkan kawasan reban. Alang-alang sedang membuat pagar di seluruh kawasan rumah, saya telah memagarkan sedikit kawasan untuk ternakan saya ni yang berkeluasan 40x50. Banyak kebaikannya iaitu kawasan sekitar rumah nampak bersih sedikit le daripada najis2 ayam yang bersepah2, mengelakkan haiwan seperti kucing yang sering memakan anak2 ayam dan juga kecurian ayam yang sering berlaku. Ini baru kawasan 1 (utk anak2 ayam dari umur sehari-4 bulan) Kawasan 2 di depan pagar kawasan 1 je... untuk pembaka. Luas kawasan agak2 50 x 70 kaki.



















Kerja-kerja memasang pagar ni masih sedang berjalan. Tetapi saya rasa semasa catatan ni dibuat ia telah pun selesai. Rasa puas hati kerana apa yang saya inginkan dapat juga direalisasikan.

Tuesday, January 31, 2012

UBAT AYAM














Antara ubat2an yang diimport untuk ayam filipin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...